KARANGAN JENIS FAKTA
Untuk menghasilkan karangan fakta yang baik, perkara berikut perlu diberi perhatian: ü Anda perlu mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang. Sebelum menulis, pastikan bahawa anda mempunyai fakta-fakta yang cukup tentang tajuk yang dikemukakan. ü Isi atau fakta yang diberikan harus lengkap, tersusun dan menepati kehendak soalan. ü Cara penyampaiannya juga mestilah ringkas serta menggunakan ayat dan kata yang mudah difahami. ü Karangan anda mestilah merangkumi pendahuluan, isi dan penutup. ü Perenggan pendahuluan, mestilah mengandungi difinisi atau penerangan tentang tajuk yang diberi. ü Untuk perenggan isi, berikan sekurang-kurangnya empat (4) isi penting . Isi mestilah tepat dan bukan rekaan penulis semata-mata. Untuk memperkuatkan isi, maka perlu disertakan dengan huraian serta contoh. ü Bagi perenggan penutup pula, berikan pendapat tentang perkara yang ditulis.