KARANGAN JENIS FAKTA
Untuk menghasilkan karangan fakta yang baik, perkara berikut perlu diberi perhatian:
ü Anda perlu mempunyai pengetahuan yang
luas dalam pelbagai bidang. Sebelum menulis, pastikan bahawa anda mempunyai
fakta-fakta yang cukup tentang tajuk yang dikemukakan.
ü Isi atau
fakta yang diberikan harus lengkap, tersusun dan
menepati kehendak soalan.
ü Cara
penyampaiannya juga mestilah ringkas serta menggunakan ayat dan kata yang mudah
difahami.
ü Karangan anda mestilah merangkumi pendahuluan, isi dan penutup.
ü Perenggan pendahuluan, mestilah
mengandungi difinisi atau penerangan tentang tajuk yang diberi.
ü Untuk perenggan isi, berikan sekurang-kurangnya empat (4) isi penting. Isi mestilah tepat dan bukan rekaan
penulis semata-mata. Untuk memperkuatkan isi, maka perlu disertakan dengan
huraian serta contoh.
ü Bagi perenggan
penutup pula, berikan pendapat tentang
perkara yang ditulis.
Comments
Post a Comment