APA ITU PENULISAN KARANGAN?
Ø Penulisan merupakan penghasilan teks
karangan, iaitu melibatkan proses dan hasil. Proses adalah menulis dan
mengeluarkan idea, manakala hasil adalah buah fikiran yang telah dikeluarkan
menjadi sebuah cerita yang lengkap.
Ø Perlu ada perancangan penulisan perenggan
dari segi:
·
Pengenalan
·
Isi
·
Kesimpulan
1.
Perenggan Pengenalan
·
Perlu mengandungi kata kunci iaitu ayat umum
dengan ayat khusus. Ayat umum menggambarkan secara keseluruhan isu
yang hendak diperkatakan. Ayat khusus pula berfungsi memberikan
gambaran terperinci terhadap perkara atau isu yang diperkatakan.
·
Boleh bersifat takrifan terhadap tajuk
karangan, bersifat peribahasa, atau pernyataan terhadap pendirian penulis.
2.
Perenggan Isi
·
Perlu ada ayat topik dalam setiap perenggan
isi. Ayat topik juga dikenali sebagai isi utama karangan yang sesuai dengan
pernyataan ayat khusus yang diperkenalkan dalam perenggan pengenalan.
·
Ayat topik boleh dibina di awal, di tengah atau
di akhir perenggan. Namun, pelajar dikehendaki memilih untuk meletakkan ayat
topik di awal perenggan. Pada bahagian ini, pelajar dikehendaki membuat huraian
terhadap ayat topik atau isi utama, memberikan bukti atau contoh serta
kesimpulan terhadap ayat topik yang dibincangkan.
Ayat Topik (AT) + Ayat Huraian (AH) +
Ayat Bukti/Contoh (AC) + Ayat Penyimpul (AP) = Sebuah perenggan lengkap.
3.
Kesimpulan
·
Perlu logik dan memuaskan hati guru (pembaca).
·
Boleh menggunakan bentuk seperti berikut :
-
Pengulangan tema.
-
Kesimpulan terhadap isu yang diperkatakan.
-
Mesej atau petua yang ingin disampaikan.
-
Panjang karangan tidak kurang daripada 180
patah perkataan.
Comments
Post a Comment